I talk your language...

Thursday 5 January 2012

Rezeki Allah yang tentukan ... kita hanya berdoa

Hai all,

Today hari yang indah ... Sesungguhnya rezeki seseorang sememangnya Allah yang tentukan ... Ada ketika, rezeki datang tak semena-mena ...bergolek-golek ...tanpa diduga. Ada pula walau penat berusaha pelbagai cara, masih tak mampu menjana rezeki ...

Ada orang berdoa untuk menjadik kaya-raya ... target menjadi JUTAWAN RM sebelum umur 40. Ada yang lebih ambitious, berusaha bagai nak mati untuk target sebelum umur 30!  Ada pula yang berdengki-dengki sesama rakan-rakan sekerja, atau pesaing-pesaing peniaga hanya kerana ingin naik ke posisi jawatan teratas atau berebut-rebut projek hanya kerana DUIT ...

For me, I will never pray untuk jadik kaya-raya MELAMPAU ... tapi berdoa agar dimurahkan olehNya rezeki-rezeki yang HALAL; rezeki-rezeki yang mampu membuat aku berSYUKUR akan nikmatNya ...dikurniakan segala yang terbaik buat diriku dan keluargaku dunia dan akhirat. Kurniakanlah aku kekayaan, SEKIRANYA kekayaan itu menaikkan ISLAM di mata dunia dan mampu menolong umat-umat Islam yang lain ... SEKIRANYA kekayaan itu menjadikan aku dan keluargaku orang yang derhaka, kuffur, bongkak dan tidak mensyukuri akan nikmatMu , maka jauhkan kami  dari kekayaan tersebut ... sesungguhya engkau lebih mengetahui ... kerana sesungguhnya ENGKAU-lah pemberi rezeki yang hakiki!